Saturday, November 13, 2010

-aNDa BiJaK jauHi ZiNa-

Salam..

 Disini ana hanya ingin brkongsi sedikit ilmu........
 Alhmdulillah,,driku trpilih utk mendgr talk yg brtajuk I LOVE U, SAYANG.
Talk ni dianjurkn oleh  IIUM NILAI, diadakn pd 12/11/2010 brmula dr pkul 8mlm - 12mlm.
Penceramah talk ini dr RAUDHATUS SAKINAH...,
mereka trdiri drpd  : ummi,,ibu..sis sally n bro A.O
mereka mempunyai satu mtlamt utk menurunkn masalah gejala sosial di Malaysia.

Tentu anda suma tahu,, masalah apa yg paling meruncing di klngan remaja di Malaysia skg kn?????
inilh jwapannya.........
PEMBUANGN BAYI......
sedihye bila tgk tiap2 hr ade sje bayi yg dibuang..
bayi trsebut xberdosa..
siapakh yg berdosa??????????/
pstinya anda dpt mnjwab...... 
anda tahu x bgaimana pmbuangn bayi ini boleh brlaku???
apakh punca awl yg menyebbkn pmbuangn bayi???
CINTA BERTUHANKN NAFSU...

so,,kpd para remaja........ jgn bercinta jika xyakin diri anda itu dpt mencegah drpd prbuatan mksiat..
sbgai sorg muslim ,,marilh sma2 kte berdakwah ke arah ni..utk agama sperti raudatus sakinah..
kpd kwn2 yg ingin menolong mereka untuk berdakwah..anda boleh la join fb raudatus sakinah  
 ANDA BIJAK JAUHI ZINA-RAUDHATUS SAKINAH
http://www.raudhatussakinah.com/
bnyk input yg menarik yg dpt kte jdikn ikhtibar n sbgai ilmu dlm kehidupn

marilh sma2 kte mmbantu agama , bangsa n negara kte ye..
marilh sma2 kte doakn moga2 penceramah raudatus sakinah sntiasa diberikn kekuatn utk berdakwah ke arah ni..
mahukh kte menaggung dosa2 yg akn ditnya oleh ALLAH nnti..
so,,tegurlh rakan2 anda yg sedang ke arah zina..
nasihatilah dgn sbaik mungkin..

jauhilh zina brmula dr pngkalnya lg iaitu jauhi jln menuju kpdnya
CINTA ITU ANUGERAH DR ALLAH
CINTA ITU FITRAH
TTPI JGN JADIKN CINTA KITA FITNAH
CINTA ALLAH KEKAL ABADI..........:)

INGATLAH SAUDARA SEMUSLIM DI DLM DOAMU...^_^......

sekian,,
wsalam...


ummi ros -pakar cinta

muslimat- kusyuk mndgr motivasi yg dsmpaikn

muslimin-pelindung wanita

sis sally-pndengar yg setia
ummi ros-menemu ramah muslimin

                                                            ibu-seorng yg tegas dlm kelmbutan

Friday, November 5, 2010

MaSa uNTuK aLLaH....:)

Assalamualaikum saudaraku

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. 

Bacalah sehingga habis. 

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung. 

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja. 


Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini 


Kita cuba menyimpan ALLAH didalamMASJID pada hari Jumaat ....... 


Muingkin malam JUMAAT? 


Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? 


Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....


Dan sudah pasti waktu ada kematian... 


Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? 


Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA. 


Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... 


Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah) 


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. 

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH 

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!! 


Ya aku CINTA ALLAH 


Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku 


IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna. 


Ini adalah ujian yang mudah. 


Kalau anda benar meyintai ALLAH dantidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu.... 

Kirimkan kepada orang . 


Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian? 


Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan. 


Susah….... Senang 


Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran? 


Kenapa mengantuk dalam MASJIDtetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali? 

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kanemail yang tak senonoh? 

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima. 

Solat adalah yang terbaik.... 


Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan. 


Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAKBeriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka. 


Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH). 

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi? 


Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?. 


Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapanALLAH terhadap anda. 


Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

Thursday, November 4, 2010

SYAITAN DLM KEHIDUPAN MANUSIA.....:(

MUKADDIMAH
Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt:
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), (6 : 35 al-Fatir)
Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahagian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.
SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG
“ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA
Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika waktu sudah subuh. Nabi saw bersabda:
“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.
SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP
“ Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.”
Hadis sahih Muslim.
SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP
Nabi saw bersabda:
“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.”
Hadis riwayat Ahmad.
MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA
Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:
“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”
Hadis sahih Bukhari.
Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.
SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH
Nabi saw bersabda:
“ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.”
Hadis sahih Muslim
Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan untuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.
SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH
“ Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Apabila dia masuk ke rumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.”
Hadis sahih Muslim (2018).
MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN
“ Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan.”
Hadis sahih Muslim (2034)
SYAITAN PENGGANGGU SOLAT
Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:
“ Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”
Rasulullah saw pun menjawab:
“ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”
Amru berkata:
“Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.”
Hadis sahih Muslim.
MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN
Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:
“Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”
Dia menjawab “Tidak”
Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.”
Hadis Ahmad –sahih.
SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI
Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:
“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”
Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih
PENUTUP
Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang terdapat dalam hadis2 Nabi saw. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:
“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai Tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambaMu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.”
Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan
Rujukan: Al-Idoh wat Tabyin oleh Muhammad Abdullah al-Imam.

RUJUKAN