Saturday, February 5, 2011

~~dAmbAANkU~~

Teman, aku ingin....
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dik0rban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita se0rang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana..

Serta senyuman Syed al-Quth,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut,
r0h dakwahnya tidak surut..

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, r0hnya ke syurga..

MArilah kita menyemai benih HAssan Al-BAnna,
fikrahnya jernih, menggegarkan dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan RAsul..

Aku cintakan pemuda Giffari,,
menentang kezaliman walaupun diancam,
m0ga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram..

Aku ingin kita kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah daripada ayahanda bertahun lamanya..

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara MAsyitah,
semerbak kasturi..

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di MAhkamah Mahsyar nanti....

**(.")ukhwah fillah abadan abadan(".)+

No comments:

Post a Comment