Tuesday, November 15, 2011

**DAKWAH IALAH CINTA**






Wahai insan-insan yang bergelar adam diluar sana, di sini ada harapan insan-insan bergelar hawa..
Mungkinkah ini luahan hati atau benarkah ini satu permintaan, ataukah ianya cuma suatu perasaan

Jangan pernah insan bergelar adam diluar sana memberi harapan atau sirna cahaya buat insan yang bergelar hawa kononnya mencari arah bahagia...Jika anda masih belum pasti atau belum bersedia....

Seandainya sudah pasti niat dihati, yang tidak tercalar dek keliru sanubari, maka teruskanlah langkahmu menuju destinasi..Destinasi kebahagiaan yang kau cari...

Buat insan yang bergelar hawa,

Percayalah janji Tuhanmu..




Surah An-Nisa: 26


Tidak perlu sibuk menCAri yang soleh, tapi persiapkanlah diri menjadi solehah di samping mencari cinta RABBI...

Tidak perlu sibuk mencari yang solehah, tapi persiapkanlah diri menjadi yang soleh disamping mengharap redha ILLAHI...


Saturday, November 12, 2011

HUKUM ~~chat, sms, e-mail atau seumpamanya dengan bukan mahram~~

Apakah hukum kita chat, sms, e-mail atau seumpamanya dengan bukan mahram? 


Untuk mengetahui hukumnya haram atau bergantung pada isi kandungan mesej yang dibincangkan, jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram.


Perkara2 yang haram ini ialah perkara2 syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada kebanyakkan muda mudi atau remaja2 sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau Friendster atau seumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu diantara pasangan dan masing2 melunaskan keinginan dan keseronokkan semata2. Membincangkan perkara2 lucah lebih2 lagi hukumnya adalah haram.


Ada perkara yang tidak penting pun dan tidak pula membawa syahwat yang sehingga membangkitkan hawa nafsu umpamanya seorang lelaki sms bagi teka teki “selepas hari rabu hari apa?” ataupun bertanya “suka power rangers warna apa?”. Jika tanya perkara2 sebegini biasanya tidaklah sampai gelisah, keluar mani, bernafsu atau seumpamanya. Biasanya perkara2 sebegini ulamak mengatakan makruh sahaja, tidaklah sampai kepada haram.


Dalam situasi ukhti ini, jika lelaki itu memang berniat menjadikan ukhti sebagai isteri maka harus menggunakan sms untuk menanyakan perkara2 yang perlu sahaja umpamanya hal2 pertunangan dan tidak boleh lebih kepada yang bukan perlu seperti bermanja2an dan berkasih2an sehingga timbul hawa nafsu dan seumpamanya.


Jika tidak berhati2 akan mudah terjatuh kepada perkara yang dilarang sekalipun hanya melalui sms. Kita mungkin tidak berzina tetapi tanpa kita sedari kita telah menghampiri zina itu. 


Bagi pendapat analah sebagai al Azhar Addin, jika kita benar2 ikhlas ingin jadikan seseorang itu pasangan hidup kita maka ini bermakna diri kita ini sudah bersedia untuk menerima setiap kelebihan dan kelemahan pasangan kita itu. 


Kalau nak tahu sangat pun tentang hal2 diri bakal pasangan hidup kita itu maka sebaik2nya cubalah guna pihak yang lain umpamanya kita ini lelaki, maka kita suruhlah adik perempuan kita bermesej dengan bakal pasangan hidup kita itu, melalui adik perempuan kita itu, apa yang kita nak tahu tentang muslimah itu, kita suruhlah adik perempuan kita itu tanya. Ini lebih baik untuk mengelak dari terjerumus dalam perkara2 yang menghampiri zina. Ini sahajalah sekadar pendapat ana, selebihnya ukhti perlu muhasabah semula di mana salahnya atau yang mana perlu diperbaiki supaya tidak melanggar hukum syara'.


Filem ketika cinta bertasbih adalah contoh terbaik bagaimana seorang lelaki yang ikhlas mencari pasangan hidupnya kerana Allah. Ana lihat tidak ada sesi perkenalan melalui sms sepertimana yang berlaku pada muda mudi sekarang, dengan berdating, couple dan sebagainya. Digambarkan skop cinta yang begitu luas, cinta pada adik, cinta pada ibu, cinta pada abang, cinta sesama saudara dan disandarkan semua cinta2 ini kepada cinta hanya pada Allah. Maka apabila cinta pada Allah melebihi segala2nya maka cintanya pada makhluk semata2 cintanya pada Allah. Apabila ingin pada seseorang wanita itu dijadikan isteri maka disampaikan hajat itu pada ibu bapa atau penjaga mereka, tidak berlaku sesi berdating atau bermesra2 seperti yang berlaku sekarang. Apabila kita ikhlas kepada seseorang maka gunakanlah cara terbaik yang dianjurkan dalam Islam. Alhamdulillah kerana masih ada filem seperti ini walaupun ada perkara yang perlu diperbaiki cuma keseluruhan filem sangat baik untuk iktibar sebagaimana filem syukur 21.


OKI SETIANA DEWI
heroin filem ketika cinta bertasbih (^_^)




Perkara couple2 seperti yang berlaku akhir zamani ini bukan berlaku pada orang yang tidak faham agama sahaja, tapi yang budak2 surau pun ada yang terlibat sama dalam perkara2 seperti ini. Berhubungan dengan istilah "couple Islamic" padahal pada hakikat sama sahaja dengan menghampiri zina. Dalam Islam tiada couple2, kalau nak couple sangat, lepas jadi suami isteri. Bila dah sah jadi suami isteri maka bercouple lah seminggu sekali pun tidak mengapa. Ni tak, bila dah sah jadi suami isteri sibuk pula nak bercerai, dulu sebelum sah jadi suami isteri sibuk nak couple.


Inilah yang berlaku di universiti atau kolej2, umpamanya ajk makanan bercople dengan ajk tarbiyah dan sebagainya, jawatan sahaja ajk surau tetapi suasana surau itu tidak masuk ke dalam hati. Menjadikan alasan untuk berdakwah bagi ana tidak boleh diterima. Dakwah yang disuruh oleh Allah swt tidak sama dengan nafsu yang mempergunakan alasan dakwah. Ditambah pula dengan kumpulan2 nashid yang menynyikan lagu2 yang bertemakan cinta sesama makhluk. Sama sahaja seperti lagu2 jiwang cinta cuma konsepnya sahaja diubah kepada konsep nashid. Lagilah menguatkan keazaman mereka untuk meneruskan perjuangan ”couple islamic” mereka.

pasangan yg diberkati ALLAH :)



Sebenarnya kalau sms tentang hal2 agama, atau tanya khabar atau nak berkongsi pendapat tidaklah mengapa, tidak salah pun, cuma janganlah melampaui batas pula. Kalau nak bertanya pun, cukuplah bertanya hal yang perlu sahaja, janganlah sampai ke tahap berkasih2an atau bermesra2an walau melalui mesej sekalipun. 


Semua orang nak suami yang soleh dan isteri yang solehah, tetapi bagaimana caranya? Caranya ialah kita usaha bentuk diri kita ini dahulu menjadi muslim yang soleh insyaAllah bakal isteri kita nanti juga di kalangan muslimah yang solehah begitulah sebaliknya. Sesuai dengan firman Allah dalam al–Quran.


(Surah an-Nur ,Muka surat 352, baris ke sebelas, Ayat 26). ”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)[1034].”

[1034] ayat Ini menunjukkan kesucian 'Aisyah r.a. dan Shafwan dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Rasulullah adalah orang yang paling baik Maka Pastilah wanita yang baik pula yang menjadi istri beliau.


Wallahu’alam.-Al Azhar Addin

Friday, November 11, 2011

~~MOTIVASIKU~~


assalamualaikum wbt....
hari ini 11/11/2011...........
semangat yang baru dan azam yang baru untuk meneruskan perjuanganku sebagai hamba ALLAH dan sebagai seorang pelajar di bumi ini...
 juga sebagai seorang khalifah...

BANGUN.....
BANGUN.....
TERUSKAN PERJUANGANMU SAYANG.....
BUKTIKAN KECEMERLANGAN ITU....
INSYAALLAH....
ALLAH AKN MMBALAS USAHAKU...


**apabila kita ditimpa bencana / musibah / kehilangan**

1. katakan innalillahi wa inna illahi rajiun.
kita harus terima bahawa segalanya datang dari Allah dan kepada Allah ianya kembali.

2. sebutkan aku redha
dan hati kita harus benar-benar redha dengan qada’ dan qadar Allah

3. berdoa untuk dapat yang lebih baik
di saat sedih begini, doa kita lebih mustajab… dipohon dengan hati yang benar-benar ikhlas… dan ingatlah bahawa Allah maha mendengar rintihan hamba-hambaNya

jangan takut dengan musibah kerana Allah menguji kita dengan keperitan sebelum diberi kebahagiaan…. dan berazamlah untuk menjadi yang lebih baik… untuk mendapatkan yang lebih baik.



INSYAALLAH....
akan ku usaaha dgn lebih baik.....
moga diriku mendapat  kejayaan  dunia dan akhirat
~~ameen~~

Wednesday, November 9, 2011

BANGUNLAH...... PERJUANGANMU MASIH PANJANG SYG....



BILA HATI BERJUANG LILLAHI TA'ALA...
DUGAAN ITU UMPAMA TEMPAT BERSINGGAH 
KEPERITANNYA DITELAN SEBAGAI JUADAH
DAN KEJAYAAN DI ANGGAP SEBAGAI MIMPI INDAH
SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN KEPADAKU 
UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN 
DAN SABAR MENGHARUNGI 
MINI UJIAN DARI ALLAH INI
ALLAH TIDAK  PERNAH MENGHARAPKAN HAMBANYA MENDAPATKAN YG PALING BAIK
TAPI CUKUPLAH SEKADAR KITA BERUSAHA MELAKUKAN YANG TERBAIK....



YA ALLAH KUATKANLAH HATI HAMBA MU YG LEMAH INI
MOGA DIRIKU SABAR 
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU ..
AKU MOHON YA ALLAH...
AMEEN YA RABBAL A'LAMIN...