Thursday, November 22, 2012

IMPIANKU MUJAHIDAH SOLEHAH

Dengan kecantikan mu....
Kau lebih indah dari pada mentari.....
Sinar di wajah mu.....
... Di pancari nuriman yg hakiki....

Dengan ahlaq mu....
Kau lebih harum dari segala wewangian....
Lebih indah dari segala perhiasan-perhiasan dunia....

Engkaulah yg terindah....
Dengan seindah hatimu....
Kau lebih tinggi dari rembulan walau hati mu di dasar laut....

Tetap di sanjung....
Setinggi bintang berkerlipan....
Indah nian menghiasi alam....

Dengan kelembutan mu....
Kau lebih halus dari rintik hujan....
Renyai membasahi bumi ciptaan Tuhan....

Dalam kelembutan itu....
Ada jua ketegasan muslimah sejati....
Engkaulah mawar berduri....
Maka....

Pertahankanlah keindahan ini....
Agar terusan menjadi sayap kiri perjuangan islam....

Berjuang Illahi Taalla....
Martabat Ad-deen Istiqomah di pelihara penegak kalimah Allah di muka bumi....
Engkaulah mujahidah yg sejati....






Saturday, October 13, 2012

FOR BELOVED SISTERS

This is a message for every sister :=>

♥ Who got married but doesn't have children: dears sister, know thatAysha (radhyaAllahu ‘anha) got married to Prophet Muhammad (sallAllahu alaihi wa sallam) in a very young age but she has never had children.

♥ who was divorced: dear sister, the 2 daughters of Prophet Muhammad (sallAllahu alaihi wa sallam) got divorced even though they are the daughters of the messenger of Allah!

♥ Who got married and is didn't get pregnant yet : remember dear, the first wife and mother of believers Khadijah (radhyaAllahu ‘anha) got married to Prophet Muhammad (sallAllahu alaihi wa sallam) when she was 40 years old and she got 6 children but saida Aysha (radhyaAllahu ‘anha) didn't has children from him (sallAllahu alaihi wa sallam) even though she was so young. So there is absolutely a Divine Wisdom behind that.

♥ who didn't get married yet and afraid of what people may say about her: don’t worry dear sister, marriage is Rizq from Allah and HE will surely grant it to when HE wills it and not when you want it. Don’t care of what people may say about you, remember that Maryam (‘alaiha salam) never got married and she is the only woman who has a whole Surah with her name! So if not having a husband is a defect, she wouldn't has been mentioned in Qur’an!Not getting married is not a flaw or a defect but not maintaining chastity is :

The real defect is that a woman doesn't preserve her purity and chastity be patient and be sure that Allah will reward you greatly for your patience at the end this Dunya is not about men or getting married but about submitting your will peacefully to Allah and accept what ever HE decrees for you..









Monday, February 13, 2012

**Wanita Acuan Al-Quran**


Wanita Acuan Al-Quran
Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu



Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak 
Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT

Saturday, January 28, 2012

**PeMiLiK LaSKaR MaWaR **



..Bukan seorang 'alim yang sengaja mengaku hebat di atas pentas pidato. Bukan seorang pendakwah yang ingin dipandang mulia 24jam. Bukan syeikh yang ingin dilihat sebagai ketua agama.
Tapi hanya orang biasa yang ingin mencuba menjadi luar biasa mahupun sebaiknya... Mengikut aturan alQuran dan Sunnah Rasulullah saw
Kehidupan kita di dunia ini tdk menjanjikan satu jaminan yg berkekalan... Apa yg ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang...
Jaminan yg kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi...
Kembalilah ....

Cuma Wanita yg suka menyendiri.. memencil diri... suka ketenangan dan kesunyian..... dalam mencari erti kehidupan dlm ruang waktu aml dan ibadah... hanya cinta menemani perjuangan ~ dalam mengejar cinta Ilahi.. Ameen..Bi Iznillah Ya Rabbana.. .

- - - - - - - - - - - ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ - - - - - - - - - - -






MATLAMAT HIDUP :
- ABDULLAH MUTI'AH [ Hamba Allah yang Taat ]
- BINTU SOLEHAH [ Anak yang Solehah ]
- FATAATU MUTAADDIBAH [ Remaja Beradab ]
- TOOLIBAH MUMTAZAH [ Pelajar Cemerlang ]
- ZAUJAH MAHBUBAH [ Isteri yang Disayangi ]
- UMMU A'QILAH [ Ibu yang Cerdik ]
- MUJAHIDAH MUKMINAH [ Pejuang Agama yang Beriman ]
- SYAHIDAH FI SABILILLAH [ Kembali bertemu Allah dalam keadaan mati
Syahid ]

KU letakkan dunia di tangan ku dan akhirat di hati ku... Amin..






Monday, January 23, 2012

**REHLAH DI UIAM PJ **

Assalamualaikum wbt.....

 setelah sekian lama x update blog ni....
alhamdulillah hr ni 23 januari 2012 ada masa yg sgt free la utk update..hehe...
saja menulis blog ni ..utk menjadi kenangan dlm hidupku...
hr ni 23/1/2012....

 wt apa ye.....?? hehe
alhamdulillah hari ni dpt meluangkan msa bersama kwn2 bilik...
owh..sebelom tu nak gtw dlu...
alhamdulillah ,,skg ana da kt uiam kampus petaling jaya...
tinggal kt MAHALLAH AISYAH..hehe..
TINGKAT 4 TAW....:p
AC 418..hehe.... ada 6 org rakan sebilik...
k nadia... ayuni..anis..alia.. mahfuzah... :)
baik sgt2 taw dorg ni... sllu je ketawa..hehe.... :P
membuatkan hidupku ceria je tiap hr.... :)

da tggl kt uiam PJ ni..taw2 jela kn..hehe..
so,, kdg2 mals nk kuar jalan2 la..
sbb xbesa lg tmpt ni kn..huhu..
alhamdulillah ,,hr ni ada msa utk kuar kejap bersama kawan2...
 bersama ....ALIA ... ANIS... MAHFUZAH....hehe... :)

pg jalan2 kt mana ye?? hehe
 first time... kuar jalan2 kt area uiam petaling jaya ni...
hehe...memg sesat juga la..
pg jalan2 kat ONE JAYA .... cam ade mall la kt stu...
pg beli2 brag2 kt COLD STORAGE... :)
barang2 makanan utk simpanan msa hadapan..hihi... :P
 rsa best sgt jalan2 kt stu...

sbb ape ye??? hehe
tempat tu sebenarnya ialah bandar,,,tpi rsa cm duk kt kampung je...
bunyi deruan air terjun la... ade pokok2 yg menghijau la...
rsa best sgt ya ALLAH.... tenang sgt fikiran...
alhamdulillah x sia2 kuar hr ni..hehe..
dpt tenang kin fikiran gk...

 ok...dah citer suma kn...
so,,skg nk tunjuk sket la gambarnya ...hehe...:P
 gambar suasana tempt yg tenang n best tu la....hihi...:P

air terjun.. best sgt.. :)

cantik kn...hehe

cam kolam renang lg..nk mndi je rsa..

ni lak..bunga yg unik...bunga palsu je pon..tpi cantik sgt...


ni la antara gambar2 suasana kt stu..hehe...
jom tgk kenangan kteorng berposing lak..hihi.. :P

tiga anak dara uiam ..hehe... :)

sahabat sebilik uiam PJ ... :)

ni la kenangan kteorng hr ni...
best sgt dpt luangkan msa bersama...hehe
akhir kata... terima kasih n syukran jazilan kepada tiga org bsahabatku ni...
ALIA...ANIS..MAHFUZAH...
tanpa kalian suma sy xleh jalan2 la kt cni..hihi... :P
nnti nk pg jalan2 ajak lg ye..hehe...
insyaAllah moga ukhwah kita tetap mantap hgga akhir hayat...
 SAYANG KALIAN SUMA KERANA ALLAH....:)
wsalam.... :)


Sunday, January 15, 2012

~2012 ~ (^_^)

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..